skip to main |
skip to sidebar
Ya Rabb!
Kerinduan teramat daku kepada blog aku ini. Apa khabar followers semua? masih ada ke yang mengikuti blog aku yang hanya ada 4post sahaja? hehe. InsyaAllah. lepasni akan giat kembali.
Semoga kalian sihat selalu. Bye!
suka? LIKE jer ^_^
tolong KLIK iklan NUFFNANG and HEARTBEAT ye ^_^
" Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran " - Imam Said B. Jubair.
Norma kehidupan manusia kini sering dikaitkan dengan persekitaran. Persekitaran membuatkan seseorang itu berubah. Dalam kes 'dakwah' kebanyakan dalam kalangan kita enggan berdakwah kerana faktor utamanya ialah kerana memikirkan bahawa diri sendiri masih tidak sempurna.
Kesempurnaan itu didefinisikan oleh diri kita sendiri. Sesungguhnya manusia itu sempurna. sebaik-baik kejadian. mungkin dalam kalangan kita malu untuk berdakwah kerana diri sendiri masih belum ditarbiyah. sebenarnya, ketika kita menyampaikan dakwah secara tidak langsung kita telah mentarbiyahkan diri sendiri.
Jika kita hanya menunggu saat 'kesempurnaan' itu tiba, maka tiadalah seorang pun akan berdakwah! Dalam surah Al-Anfal ayat 25 Allah SWT telah berfirman :
"apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa, ia tidak akan hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga akan menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah"
Ini jelas menunjukkan bahawa jika kita tidak melaksanakan tanggungjawab 'dakwah' ini kepada mereka yang masih belum mengetahuinya maka kita akan turut serta menimpa bala dari Allah SWT. mahukah kita mendapat saham diatas dosa yang bukan kita lakukan? Tepuk dada tanya iman sendiri.
Riwayat Imam Tarmizi, Nabi bersabda :
" apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oelh seorang yang zalim dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab dari Allah akan menimpa keatas mereka semua"
Sesungguhnya manusia amatlah payah untuk mengamalkan 'nahi mungkar'. tetapi jika kita tidak mengamalkan nahi mungkar, dan kita hanya melihat kemungkaran yang berlaku tanpa mengambil sebarang tindakan maka kita juga turut mendapat dosa.
Jadi apakah tanggungjawab kita sebenarnya? Berbalik semula kepada tujuan sebenar kita dijadikan di muka bumi ini. Kita boleh semak dalil manusia dijadikan pada Surah Al-Baqarah ayat 30 serta surah Az-Zariyat ayat 56. Jadi marilah kita menjalankan dakwah ini agar ketika di dunia sana kita tidak ditarik oleh mereka yang menyatakan mereka tidak mendapat dakwah dari kita. kita taknak kan proses kemasukan ke syurga tertangguh oleh kerana kita tidak menyampai walaupun sepotong ayat. Nauzubillah.
Jadi muhasabah kembali diri kita. Apa sebenarnya kita nak dari dunia ini? Adakah hanya dunia-dunia? ataupun akhirat-akhirat? Fikirkan :)
suka? LIKE jer ^_^
tolong KLIK iklan NUFFNANG and HEARTBEAT ye ^_^
Bismillahirrahmannirahim.
Ya Allah lamanya saya meninggalkan dunia blog ni. terasa rindu pulak. InsyaAllah kini kembali aktif. Banyak benda ingin diceritakan. InsyaAllah selepas ini kerap berblog :)
Semoga kalian semua sihat. Jumpa lagi di entri baru nanti. InsyaAllah. bye :)
suka? LIKE jer ^_^
tolong KLIK iklan NUFFNANG and HEARTBEAT ye ^_^
SEGALA CONTENT ORIGINAL FROM FYRARADZAI