Oct 17, 2012

Care For Others Too.

Pentingkan diri sendiri. Kenapa kita selalu nak pentingkan diri kita je dalam setiap benda yang kita buat?semua orang pernah melalui situasi sebegini yang mana ketika melakukan sesuatu tugasan, kita hanya akan mementingkan diri kita sebelum berfikir pasal orang lain. kan?


Yes. sometime we need to be a selfish person. just in certain cases only!


Aku experience this situation baru baru ini. selalunya bila kita buat kerja in a team. mesti akan ada punya yang curi tulang, akan ada yang nak lepas tangan semua. ada yang buat bodoh je. i just dont get it why this kind of people takde rasa bersalah or rasa bertanggungjawab dalam diri mereka dengan melepaskan segala tanggungjawab yang diberikan kepada orang lain? Apa eh yang mereka fikirkan dalam kepala mereka? memang dah takde sifat kemanusiaan dah ke? ke macam mana?


This kind of people hanya akan menjadi parasit dalam sesebuah organisasi. mereka akan melepaskan tangan dan akan mendapat nama tatkala sesuatu pekerjaan yang dilakukan berhasil disiapkan. macam pokok parasit yang menumpang kat pokok lain untuk mendapatkan oksigen dan makanan. jahat kan macam ni?
sepatutnya kita yang bernama manusia yang diberi sifat-sifat yang mulia, tidak akan melakukan hal sebegini rupa. jagalah perasaan orang lain juga. jangan hanya memikirkan diri sendiri sehingga ada yang terguris hati sehingga mencetuskan perbalahan kerana adanya sifat ketidakpuashatian. ok?


jadi janganlah nak merenget macam budak kecik. bila orang suruh kita buat sesuatu kita acap kali menolak. perkataan TAKNAK memang macam sebati dibibir serta dilidah. seharusnya kita menyahut cabaran. kalau masih ditakuk lama memang kia tidak akan maju. cuba mendewasakan diri. jangan terlalu childish. oarang akan naik bosan. bayangkan perangai anda yang selfish ini dibawa ke alam pekerjaan? sudah pasti bos anda pun naik muak dan terus memecat anda. lainlah anda menjadi bos. okay? sekian~~

suka? LIKE jer ^_^


tolong KLIK iklan NUFFNANG and HEARTBEAT ye ^_^

Oct 11, 2012

Si Tudung Akel vs. Si Tudung Bawal


Si tudung bawal : Alaa dia tu pakai je tudung labuh. tapi gatal jugak. ada boyfriend bagai. baik tayah pakai tudung labuh. aku taknak pakai tudung labuh sebab perangai aku bukan baik sgt. malu laa orang cakap apa nanti.



Mulut bisa melontarkan apa sahaja. pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa. Inilah fenomena dimana kebanyakkan dari kita sering mengumpat orang. boleh dikatakan setiap hari setiap saat selagi hidup dibumi ni kita akan mengumpat orang.

Secara amnya, pemakaian mencerminkan akhlak seseorang. tetapi secara lahiriahnya, tidak sebegitu. tidak semestinya bertudung labuh memakai purdah dalaman hati mereka juga turut bersih bukan?

tetapi yang harus ditekankan disini ialah, meskipun akhlak mereka belum 100% 'tiptop' tetapi mereka telah menjalankan syariat Islam yang mana wanita wajib menutup bahagian dadanya serta tidak boleh menampakkan susuk tubuh badannya. Biarlah mereka masih sedikit 'lagha' sekurangnya mereka telah menjalankan satu perintah Allah.

bagi si tudng bawal yang sering mengata si tudung akel akan akhlak akel tidak selari dengan saiz kelebaran tudungnya, sedarkah wahai si bawal bahawa anda memakai tudung saiz kelebaran kecil berbanding akel? anda tidak mematuhi syariat Islam bukan? ditambah pula dengan mengumpat si akel ini. jadi berapakah dosa yang telah terkumpul? dua bukan? ye. dua dosa telah terkumpul.

seharusnya kita tidak sewenangnya menilai seseorang itu sebelum emnilai diri sendiri. setiap manusia melakukan kesalahan. Allah SWT serta Rasulullah SAW tidak pernah mengajar kita mengumpat sesama kita. kita harus membetulkan diri kita dahulu sebelum nampak kesalahan orang lain kerana 'satu jaring tunding kearah orang, empat jari tunding ke arah diri sendiri' kan? fikirkan laa.

berhenti mengumpat kerana diakhirat kelak anda akan mendapat balasan setimpalnya. Semua baik disisi Allah SWT cuma nada sahaja yang menentukan anda di bahagian mana terhadap Allah SWT. Sekian :)


peliharalah pandanganmu dari sesuatu yang sia-sia.


suka? LIKE jer ^_^


tolong KLIK iklan NUFFNANG and HEARTBEAT ye ^_^

Listen to my HEARTBEAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
SEGALA CONTENT ORIGINAL FROM FYRARADZAI