Oct 11, 2012

Si Tudung Akel vs. Si Tudung Bawal


Si tudung bawal : Alaa dia tu pakai je tudung labuh. tapi gatal jugak. ada boyfriend bagai. baik tayah pakai tudung labuh. aku taknak pakai tudung labuh sebab perangai aku bukan baik sgt. malu laa orang cakap apa nanti.



Mulut bisa melontarkan apa sahaja. pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa. Inilah fenomena dimana kebanyakkan dari kita sering mengumpat orang. boleh dikatakan setiap hari setiap saat selagi hidup dibumi ni kita akan mengumpat orang.

Secara amnya, pemakaian mencerminkan akhlak seseorang. tetapi secara lahiriahnya, tidak sebegitu. tidak semestinya bertudung labuh memakai purdah dalaman hati mereka juga turut bersih bukan?

tetapi yang harus ditekankan disini ialah, meskipun akhlak mereka belum 100% 'tiptop' tetapi mereka telah menjalankan syariat Islam yang mana wanita wajib menutup bahagian dadanya serta tidak boleh menampakkan susuk tubuh badannya. Biarlah mereka masih sedikit 'lagha' sekurangnya mereka telah menjalankan satu perintah Allah.

bagi si tudng bawal yang sering mengata si tudung akel akan akhlak akel tidak selari dengan saiz kelebaran tudungnya, sedarkah wahai si bawal bahawa anda memakai tudung saiz kelebaran kecil berbanding akel? anda tidak mematuhi syariat Islam bukan? ditambah pula dengan mengumpat si akel ini. jadi berapakah dosa yang telah terkumpul? dua bukan? ye. dua dosa telah terkumpul.

seharusnya kita tidak sewenangnya menilai seseorang itu sebelum emnilai diri sendiri. setiap manusia melakukan kesalahan. Allah SWT serta Rasulullah SAW tidak pernah mengajar kita mengumpat sesama kita. kita harus membetulkan diri kita dahulu sebelum nampak kesalahan orang lain kerana 'satu jaring tunding kearah orang, empat jari tunding ke arah diri sendiri' kan? fikirkan laa.

berhenti mengumpat kerana diakhirat kelak anda akan mendapat balasan setimpalnya. Semua baik disisi Allah SWT cuma nada sahaja yang menentukan anda di bahagian mana terhadap Allah SWT. Sekian :)


peliharalah pandanganmu dari sesuatu yang sia-sia.


suka? LIKE jer ^_^


tolong KLIK iklan NUFFNANG and HEARTBEAT ye ^_^

0 00 kanak kanak melompat:

Post a Comment

Hi korang.
Dah baca? so apa kata anda? hee :)

Listen to my HEARTBEAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
SEGALA CONTENT ORIGINAL FROM FYRARADZAI